Pernah mendengar musik alunan band THE DOORS?kalau pernah mungkin anda kenal penyanyi utamanya-JIM MORRISON.Dilahirkan sebagai seorang yang berbakat besar didalam bidang puisi dan lagu.Kebanyakkan hasil kerja beliau menjadi inspirasi kepada pemuzik sealiran dengannya serta selepas zaman beliau.
Kehebatan zaman hippies yang dianutinya banyak memberi keunikkan terhadap lagu-lagu ciptaan beliau.so check it out-JIM MORRISON..kehidupan sebelum mati..
Penyanyi utama band THE DOORS ini amat terkenal dizaman 1960an.Dengan gaya muzik yang agak laklok bila didengar,mereka mencampuradukkan antara rock,seks dan juga dadah sebagai rencah asli muzik dalam persembahan mereka.
Saya mula tertarik kepada musik aliran band ini bila menyelongkar semula rekod piring hitam lama kepunyaan orang tua saya( yang lebih kepada beatles ketika itu kerana baginya The Doors terlalu puitis).Antara lagu pilihan,”Light My fire”(1967),”hello,i love you”(1968) dan “love her madly”(1968).Jika anda dari jenis yang suka head banging lupakan sahaja untuk mendengar lagu-lagu dari JIM MORRISON..lirik lagu yang dihasilkan terlalu puitis dan indah(walaupun ada sedikit sebanyak illusi-illusi seks,dadah,dll),ramai yang terpaku pada ketika itu melihatkan gaya persembahan serta keindahan muzik beliau

Dilahirkan sebagai James Douglas Morrison di Melbourne,Florida ,USA(memang pusat kegiatan hippies pada waktu itu).Memasuki Kolej pada 1962 hingga 1965 sememangnya menjadikan beliau sebagai penuntut karya-karya falsafah agung seperti William Blake(pemuisi terkenal England) dan Friedrich Nietsche(ahli falsafah German).
19685,The Doors ditubuhkan bersama gabungan Ray Manzarek(keyboard),Robby Krieger(bass),John Densmore(drum).Nama band diambil sempena dari salah sebuah puisi dari Blake.Album pertama menjadi boom..muzik alunan pelik mereka mula menular dalam album pertama-”The Doors”(1967)
Jim morrison bagi saya bukan sahaja sebagai salah seorang ahli band rock lagenda,malahan penulis puisi yang bagus juga.Bukunya;”An American Prayer”(1970) dan “The Lords and New Creatures”(1971) serta beberapa buah lagi yang diterbitkan sesudah kematiannya.
Kematian trajik-dijumpai mati pada 3 july 1971 didalam tab mandi di Paris.Sebab rasmi kematian?serangan jantung mungkin dari aktiviti dadah serta alkohol berlebihan.Rock idol ini mati pada usia 28 tahun meninggalkan cukup banyak memori serta gaya penulisan yang kekal sehingga kini.Walau dianggap gila,pelik,seksis hinggakan menyuruh isterinya melakukan oral seks tatkala merakam lagu disebuah studio..emm cukup hebat muziknya,relaks dan menyentuh perasaan..
“I met the Spirit of Music. . . . An appearance of the devil in a Venice canal. Running, I saw a Satan or Satyr, moving beside me, a fleshly shadow of my secret mind, . . .”
(The Lost Writings of Jim Morrison, p. 36-38)
Ray Manaxrek of the Doors, says of Morrison:
“He was not a performer. He was not an entertainer. He was not a showman. He was a shaman. He was possessed.”
“While [Jim Morrison] he was staying at the Chateau Marmont, he spent a few wild nights with a buxom neighbor . . . once waking up in a tangle of bloody sheets after they shared champagne glasses of each other’s blood.”
(Pamela Des Barres, Rock Bottom, p. 208)
pengaruh;George Benson,John Coltrane etc
sealiran:Led Zep,The Rollin Stone,Bob Dylan,Black Sabbath,Jimi Hendrik,Weather Report and the Mahavishnu Orchestra.etc..
pengikut:Radiohead,Nirvana,Dave matthew’s band etc..
***paste balik kat sini..artikel tahun 2005/6/15 aku
March 29th, 2008 - 11:14 am
uiks,lame gile tak masuk sini.. kekeke.. sekali tengok cat baru la. ijau lagi. cantik la